Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Monday 28 September 2009

Ijtimak Aidil Fitri Perdana Alumni Al-Azhar Mesir-N.Sembilan 2009

Pada 26/9/2009 hari Sabtu bermula jam 2.30 telah berlangsung Ijtimak ( Perjumpaan ) Aidil Fitri Perdana Alumni Al-Azhar Mesir - N.Sembilan di Allson Klana Resort , Seremban. Ijtimak ini adalah anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan ( JHEINS ) dengan kerjasama syarikat Al-Azhar Media . Ijtimak seperti ini adalah merupakan pertama kali diadakan di negeri ini . Pihak menganjur menganggarkan l/kurang 100 peserta akan hadir , namun lebih kurang 85 peserta sahaja yang telah dapat hadir termasuk bekas pelajar dari Jordan dan Madinah.Ijtimak ini juga turut disertai oleh beberapa orang pelajar N.Sembilan dari Universiti Al-Azhar yang pulang bercuti menyambut Hari Raya di Malaysia.

Ijtimak kali ini di mulakan dengan ucapan Us.Khairi Zainuddin bagi pihak Al-Azhar Media . Beliau benyak menyentuh mengenai cadangan projek penubuhan Sekolah Tahfiz Darul Ulum. Kemudian diikuti dengan ucapan Ustaz Norazman Mohammad yang menerangkan mengenai cadangan projek penubuhan koperasi alumni Al-Azhar / Timur Tengah.Setelah tamat sesi ucapan ,majlis taaruf/kenal diri peserta diadakan . Majlis diakhiri dengan jamuan hari raya Aidil Fitri.













No comments:

Post a Comment