Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Saturday 22 August 2009

Kita Boleh Jadi Jutawan Di Bulan Ramadhan ?


Syukur alhamdulillah .. kita masih diberikan peluang berjumpa bulan Ramadhan yang mulia pada kali ini . Ramai orang yang bercita-cita untuk bertemu Ramadhan , tetapi ada yang tidak sempat dan tidak kesampaian kerana telah diambil nyawanya oleh Allah swt terlebih dahulu sebelum sampai bulan Ramadhan 1430H..

Alangkah baiknya kesempatan yang Allah swt berikan ini kita gunakan dengan betul dan semaksima mungkin. Belum tentu kita akan bertemu lagi pada Ramadhan akan datang ! Kita telah melihat telah ramai orang meninggal dunia tanpa disangka-sangka akibat penyakit , kemalangan dan sebagainya. Di bulan Ramadhan ini , banyak pahala dan ganjaran yang Allah swt sediakan untuk bekalan kita kumpulkan sebanyak mungkin . Sibukkanlah diri kita dengan beribadah kepada Allah swt.

Peluang menjadi " jutawan " akhirat telah diberikan untuk kita semua. Janganlah hanya mengejar nak jadi kaya atau jadi jutawan di dunia sahaja sehingga lupa nasib kita untuk akhirat.Lapangkan masa kita bersama Allah swt di sepanjang bulan Ramadhan ini terutama sekali di waktu malam . Gunakan peluang yang ada untuk tunduk dan sujud kepada Allah swt.dengan khusyuk dan tawadduk.

Ganjaran Solat

Allah swt telah menyediakan ganjaran amalan solat yang kita lakukan seperti berikut :
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala .
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala.
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam Ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18,900 pahala.
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94,500 pahala.

Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt RM 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt RM 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam Ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu RM 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan RM 2,835,000.00

Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka Allah swt akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, Allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.

Wow!!! Bila kita baca Al-Quran dalam Ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya Allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan .Jangan lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin di dunia dan miskin di akhirat! Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa " sesungguhnya kita manusia ini senantiasa berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran ".

Tak guna jika kita ada Diploma , Degree , Akauntan , Master in Business Admin (MBA) , Master in Counselling dan lain-lain jika kita tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.Jadi , mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*Sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala Allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah buat diriku yang lupa !


1 comment:

  1. salam ziarah...

    dijemput menjadi follower sy yer...

    www.buaya-merah.blogspot.com

    ReplyDelete