Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Monday 17 August 2009

Ada 15 Sebab Bencana Menimpa Manusia


Banjir besar , tanah runtuh , kemarau panjang , kebakaran hutan , gempa bumi , wabak , penyakit menular merupakan contoh-contoh bencana yang berlaku di dunia . Bencana seperti itu amat menakutkan kita semua. Bencana ini mengakibatkan kemusnahan hartabenda dan kehilangan nyawa. Di Malaysia , sehingga 17/8/2009 Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 64 kematian telah direkodkan akibat wabak Influenza A H1N1 .WHO pula menganggarkan 20% rakyat Malaysia akan menghidap penyakit ini. Na'uzubillahi min zalik..

Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam . Jauhilah segala maksiat dan dosa . Rasulullah s.a.w pernah menyebutkan bahawa " Apabila diturunkan bencana atau azab , maka ia adalah melata " Ianya bermaksud apabila Allah swt menurunkan bencana atau azab , maka bencana atau azab itu akan terkena kepada semua orang . Samada orang itu berbuat dosa atau tidak , orang tua atau kanak-kanak , lelaki atau perempuan , guru atau murid dan sesiapa sahaja .

Marilah bersama kita menjauhkan kemungkaran , perbuatan maksiat dan dosa , samada kepada Allah atau kepada sesama manusia. Tanggungjawab menjauhkan perbuatan maksiat dan dosa ini adalah tenggungjawab semua orang . Bukan tanggungjawab orang alim sahaja , ustaz sahaja atau ahli dakwah sahaja . Tetapi ini adalah kewajipan dan tanggungjawab semua manusia . Lebih-lebih lagilah manusia yang mengaku Islam dan beriman Allah dan RasulNya. Semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.


2 comments:

  1. subhanallah satu peringatan untuk meniti hari-hari menuju ke akhir zaman..semoga dapat di ambil pengajaran dari setiap musibah yang berlaku..

    ReplyDelete
  2. Perisai ghaib untuk menangkis wabak penyakit

    http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2009/08/perisai-ghaib-buat-para-pejuang.html

    ReplyDelete