Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Friday 5 June 2009

Tips Elak Bergaduh Dan Bercerai Suami Isteri


Berumahtangga adalah tuntutan dalam kehidupan semua manusia . Semua orang impikan pasangan yang ideal dan sesuai sebagai teman hidup . Harapan untuk menjadikan rumahtangga sebagai syurga hidup di dunia dan kekal sehingga akhir hayat merupakan matlamat setiap pasangan dalam mengikat ikatan perkahwinan .

Namun , langit tidak selalunya cerah . Banyak ujian dan rintangan yang perlu dilalui . Hidup sebagai pasangan berkahwin tidak sama seperti pasangan bercinta atau bercouple. Saya melihat fenomena pergaduhan dan penceraian suami isteri masa kini semakin ketara . Ianya melibatkan semua peringkat manusia samada orang berpangkat , berumur muda , umur tua , glamour , berpendidikan atau tidak berpendidikan tinggi. . Apatah lagi , perpisahan yang banyak dikaitkan dengan orang ketiga , suami orang , isteri orang dan sebagainya . Justeru , kita perlu mengambil peluang dan masa yang berkualiti untuk suami/isteri atau keluarga . Kalau boleh , apabila habis kerja 5.30 petang hendaklah segera balik ke rumah untuk bersama keluarga samada makan bersama , mengajar mengaji , sembahyang berjamaah bersama atau apa jua aktiviti yang boleh mengekalkan keharmonian rumahtangga .Tidak perlu duduk di pejabat sehingga senja dan malam untuk menghabiskan kerja kecuali kerja-kerja yang terpaksa disiapkan.

Oleh itu , saya ingin kongsikan beberapa petua untuk membantu mengekalkan keharmonian dan ikatan perkahwinan sesebuah rumahtangga yang telah atau akan didirikan . Saya difahamkan terdapat permintaan daripada DIN Group 32 untuk mengadakan Kursus Pra-Perkahwinan JAKIM di KPJIC pada bulan Julai 2009 nanti. Syabas .. saya amat menyokong usaha murni itu . Namun , tips yang saya berikan ini sebagai tambahan untuk bekalan dalam melayari bahtera rumahtangga itu nanti .

Berikut 18 Tips Mengekalkan Keharmonian Rumahtangga :
1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.

3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (ILOVEU ), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik sangat)

5. Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.

6. Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)

7. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.

8. Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.

9. Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya yang ku cintai”.

10. Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.

11. Sekiranya pasangan anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang faham dengan keperluan pasangnya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.

12. Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata ‘inginkan
seseorang yg dapat membantu’. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.

13. Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali di caci-keji.

Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..

14. Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya.

15. Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

16. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan kenikmatannya.

17. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

18. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.



3 comments:

  1. hargailah perkhwinan yang di ijab kabulkan bersaksi. setiap perkahwinan akan melalui setiap cabaran dan dugaan....bertindaklah secara rasional...berhati hati dengan setiap perkattan yang di luahkan..perasaan seseorang akan terguris. kepada yang berkeluarga dan mempunyai cahaya mata...fikirkanlah anak anak ketika berindak....insyaAllah...perkahwinan itu akan kekal hingga ke akhir hayat.. Setiap yang baik datangnya dari ALLAH dan setiap yang buruk datangnya dari kita insan yang lemah...amin...

    ReplyDelete
  2. kenangkanlah kembali kenangan manis yang selama ini dibina bersama. Tanamkan rasa cinta buat selamanya.Coz,sesuatu yang bermula akan berakhir.Hargailah perkahwinan anda/pasangan anda sebelum terlambat

    ReplyDelete