Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Sunday 14 June 2009

Perjumpaan Di Antara Kaunselor-Semua Pemohon PRS 13/6/2009 DiBatalkan

Saya telah dimaklumkan bahawa pada hari Sabtu 13/6/2009 semua pelajar akan diberi taklimat dan mendaftar serta melantik jawatankuasa panaja untuk menyertai kelab-kelab yang akan ditubuhkan di kolej. Penubuhan ini adalah buat kali pertama dalam sejarah kolej.Para pelajar akan dipecahkan kepada 20 buah kelab .Para peserta akan diberi briefing mengenai kelab yang disertainya.
Namun begitu , perancangan ini telah terbatal dengan sendirinya . Termasuk juga perjumpaan PRS telah dibatalkan dengan sendirinya. Saya , para penasihat biro dan pelajar sudah tentu rasa terperanjat dan terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Saya secara peribadi memohon maaf di atas pembatalan ini kepada semua bakal ahli PRS . Pembatalan ini bukan kehendak saya , tetapi "gangguan" daripada berbagai aktiviti yang lain.Semoga kejadian seperti itu tidak akan berlaku di masa akan datang.
Saya berpendapat perancangan yang telah diatur ini tidak menjadi kerana pada hari dan tarikh yang sama telah banyak berlaku pertindanan aktiviti . Ada juga aktiviti yang dijalankan itu adalah aktiviti-aktiviti " mengejut " termasuk program "individu " ,visit dan sebagainya . Memang semua aktiviti-aktiviti baik dan berfaedah. Tetapi, alangkah baiknya ... agar perancangan kelab ini didahulukan daripada aktiviti yang lain . Alangkah baiknya ... usaha ini dijalankan dengan teliti dan serius . Kenapa pada tarikh yang sama aktiviti-aktiviti lain dibenarkan berjalan serentak ? Seolah-olahnya tidak ada hari lain lagi untuk dijalankan! Sedangkan sebelum ini hari Sabtu dianggap sebagai hari yang paling membosankan , membazirkan wang dan masa dan tidak produktif.. Tiada aktiviti yang terancang dibuat.
Saya melihat bahawa fenomena ini perlu diubah .Alangkah baiknya ... sekiranya dibuat taqwim atau kalender aktiviti tahunan .Segala perancangan aktiviti hendaklah dirancang lebih awal dan disusun mengikut jadual. Saya rasa tindakan kelam kabut dan caca merba seperti yang berlaku pada tanggal Sabtu 13/6/2009 boleh dielakkan dan tidak berulang di masa akan datang.Perlu juga ada person in-charge yang monitor secara professional taqwim atau kalender aktiviti tersebut.Namun , janganlah nanti jadi "hangat-hangat tahi ayam " atau " ada , serupa tiada sahaja" .
Saya dimaklumkan bahawa tarikh perjumpaan semula akan diadakan pada Sabtu 27/6/2009 .Semoga tarikh keramat ini akan menjadi saksi termeterinya sejarah penubuhan kelab-kelab aktiviti pelajar di kolej . Aminnnn....

34 comments:

  1. nampak sangat KPJIC ni TAK ORGANIZE.

    Boleh ke dapat status UNIVERSITY COLLEGE kalau basic needs sesebuah university college pun tak leh nak fulfil?

    cuba try tanya Exec Director.

    boleh ke KPJIC di upgrade ke UC kalau perangai management cam ni ?

    ReplyDelete
  2. ntahla,mcm2 PNC nie....Makin lama makin menjadi-jadi.Banyak perancagan tapi sume nye x menarik...

    ReplyDelete
  3. kalu dulu name PNC,skang dah tukat KPJIC...tp ape perubahan dalam managment???xde yg ubah pun....sungguh mengecewakan....tolongla....................

    ReplyDelete
  4. untuk bercakap dan kritik adalah amat mudah, tetapi bila nak rancang dan laksanakan sesuatu agenda adalah amat payah.
    Pada pendapat saya, semua orang bersalah. daripada yang duduk di atas sampai la kepada penuntut KPJIC. kita tanya students / student body apa yang dah mereka buat untuk membantu. tanya pula pensyarah dan barisan management apa yang dah mereka buat.
    status UC adalah usaha bersama. bukan hanya satu pihak.
    Saya harap kejadian hari sabtu sebagai pengerak langkah untuk kita sama-sama bekerjasama bagi capai satu matlamat. MEMAJUKAN ANAK BANGSA !!!!

    ReplyDelete
  5. Aku tak setuju kalau awak tu salahkan students or lecturers kita.....coz segala perancangan atas keizinan org atas.klu dah tahu ri Sabtu tu ada pgrm psl kelab , nape org atas tu izinkan pgrm lain djalankan gak.Itulah hasilnya bila mngmt x cekap.Nak buat tu & buat ini but manage x betul.......

    ReplyDelete
  6. orang atas tu sapa? bukankah ada lecture yang duduk dalam barisan management dan ada juga student yang duduk dalam barisan management. apa yang student body buat untuk nasihat dalam luahkan masalah student. saya pernah berbincang dengan seorang lecture dan beliau melahirkan rasa kecewa kerana student body yang ada tak berkesan. banyak aktiviti di kolej terpaksa diuruskan oleh para lecturer kita. nak tubuhkan club pun lecturer kena panggil mesyuarat! apa dah jadi dan salah sapa? bukankah salah kita semua. kita sebagai barisan pemimpin masa depan sepatutnya dah pandai merancang dan lecturer kita akan bantu dari jauh. Di universiti dan kolej lain kebanyakan aktiviti di buat oleh student sendiri. bila management tak buat sebarang aktiviti kita salahkan management dan bila buat aktiviti pun kita kata management salah. itulah kita yang pandai cakap dan cari kesalahan orang tapi tak nampak salah dan kelemahan diri.
    saya teringant kisah lokman dan anaknya.......
    cerita ni di ceritakan oleh Ummi semasa ceramah pada hari sabtu yang lalu. saya insaf bila ikuti ceramah ummi. apa saja yang dibuat oleh kita semua akan tetap ada suara yang berbunyi di belakang. walaubagaimanapun saya tetap mengatakan KITA SEMUA DI KPJIC YANG SALAH

    ReplyDelete
  7. Seronok aku tengok bincang topik ni.So,aku nak joint bagi idea gak.Aku tengok idea kau ada lojiknya . semua orng brsalah.tapi,kau cuma bagi alasan umum.tak spesifik... elok kita cari punca sebenar dari mana semua ni boleh brlaku? Tak guna salah org tu org ni .atau nak salah semua org.sedangkan punca masalah masih kabur.x jelas!!!!!!!nnti smpai kiamat pun tak selesai.aku dah masuk 3 thn kat sini.dah tukar tempat.dah tukar nama kolej.dah tukar lecturer.dan mcm2 tukar.tp,masih tiada perubahan.........................

    ReplyDelete
  8. masalah ni dah serabut ! kalau kita nak cari puncanya dia aakan jadi macam 'chain reaction'.akhirnya semua yang bersalah dan tak ada siapa yang betul. (teringat lagu bangau oh bangau !!??)
    kenapa student body kita tak mendesak pihak kolej untuk buka pintu pagar pada pukul 4? kuasa di tangan kita @ di tangan pihak kolej ? saya yakin kalau kita semua bersatu untuk mendesak mungkin pintu dapat di buka awal.
    memang benar salah pihak kolej kerana tutup pintu dan salah kita kerana tak pernah mendesak.
    sekarang salah sapa ?
    kalau nak cari salah sapa buang masa saja. kerana langkah itu nampak seperti langkah ke belakang. sekarang adalah masa kita bersama - sama dengan semua warga KPJIC membantu buat pembaharuan.
    Ayuh semua warga KPJIC bangun dari tidur !!!!!

    ReplyDelete
  9. Betul tu.. kitaorng ni mcm budak sekolah tadika.
    Sepatutnya pihak kolej dah mula anggap kami mcm student univ.college wlpun kolej belum dpt status univ.college.
    Tapi , student KPJIC tak peka .
    Mcm lembu kena cucuk hidung ( termasuk aku ... )Bangun oiiii...

    ReplyDelete
  10. Kita student KPJIC,kita yang bayar yuran. Yuran itulah yang digunakan untuk bayar gaji lecturer & management KPJIC.

    KITA ADA HAK BERSUARA !!!!

    Kita ada hak untuk mempertahankan diri jika dimarahi tanpa sebab yang munasabah.

    Kita berhak menyuarakan ketidak puas hati kita kepada kekurangan dan kedaifan kemudahan di KPJIC.

    DAN MANAGEMENT KPJIC PERLU MENDENGAR KRITIKAN DAN LUAHAN RASA KITA, SEBAB KITA YANG BAYAR GAJI MEREKA.

    Satu surat complaint kepada MQA & Kementerian pendidikan tinggi boleh menutup periuk nasi KPJIC. Tapi kita tak sekejam ini.

    Kepada rakan2 kita yang dah jadi lembu, mengampu. Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya.

    KITA PERLU BERTINDAK SEKARANG DAN SUSUN PROGRAM YANG KITA KEHENDAKI YANG BERI MANFAAT KEPADA KERJAYA KITA NANTI.

    Anggap kesilapan yang dah berlaku sebagai teladan.

    Kita buat reformasi ke arah kebaikan.

    Management, adakah anda bersama kami ke arah pembaharuan yang lebih baik atau masih ingin tinggal dalam tempurung dan berangan mendapat status Univ-Colg dengan sistem tunggang terbalik yang sedia ada ?

    ReplyDelete
  11. saya yakin 101% pihak kolej akan bersama kita, asalkan perubahan yang akan kita buat untuk kebaikan bersama. cuma yang perlu adalah kita bersatu dalam menyuarakan pendapat, menyusun aktiviti student dan menubuhkan club yang kita minati. jangan hanya tunggu dari lecture. saya lihat mereka semua dah banyak kerja. apa kata kita pulak yang memimpin. (satu hari nanti kita akan memimpin keluarga!)dan mereka pulak yang di pimpin ! STUDENT KPJIC BOLEH ???

    ReplyDelete
  12. aku teringin nak tengok 'club caklempong'di KPJIC dan buat persembahan di merata tempat di Malaysia. ( teringat pada adik - adik yang maain caklempong semasa kenduri kahwin sepupu aku bulan sudah !!!)

    ReplyDelete
  13. Sokong 100%.

    Student KPJIC kena bersatu. Kita buat pembaharuan. Jangan sampai kita jadi Si Tolol yg ikut aja cakap Naziah.

    Tiap kali saturday assembly, yg boleh sumbat masuk Audi cuma 200 lebih org aja. Yg balance student lepak merayau luar dewan. Tak produktif langsung. Baik tak yah buat assembly. kemudian tiap kali assembly, menyanyi berjoget, menyanyi berjoget, menyanyi berjoget. Macam tak ada aktiviti lain. mentang-mentang Naziahtu kaki karaoke. Dah tua tua tu buat-buatlah amal ibadat. Jangan nak menyanyi berjoget aja.

    Bukan semua student suka menyanyi berjoget. Aku suka aktiviti yang lebih agresif. Wrestling ke, boxing ke.

    Buatlah aktiviti yang menjana minda.

    Abang aku study kat USM, mereka buat baktisiswa kat kampung-kampung. Beri khidmat pada masayrakat.

    KPJIC, masjid setempat buat program Tilawah Quran, tak pernah nak suruh student pergi join.

    Agaknya, bila kita dah kerja jadi nurse nanti, Naziah nak kita menyanyi & berjoget depan pesakit.

    ReplyDelete
  14. kita antar wakil pada tilawah al quran peringkat mesjid quaters klia nanti, insha allah.

    ReplyDelete
  15. aku silap masuk kolej daaa. kpjic ni indah khabar dari rupa. waktu memula masuk, dgr cerita senior, ingatkan sesaja senior nak menghasut. tapi lepas dekat setahun di sini, memang betul. aku pernah datang kolej waktu pagi. kuliah tak ada. nak masuk laibry, penuh. nak masuk it lab, penuh. kelas tak da yg kosong. terpaksa duduk di kaki lima, duduk di cafe, duduk di foyer. datang ceo, marah kita org. dia tu ada otakke? dah tau tak ada tempat utk kami duduk ulangkaji melainkan, cafe, kaki lima, foyer, dtg dtg nak marah. ingat kami ni tak ada maruah ke? nasib baik mak bapak aku ajar adab. kalau nak ikutkan ati nak aja aku ludah muka dia. pada management, ingat sikit. awak semua ada kuasa dlm kpj aja. seinci keluar dari pagar kpj, awak tak ada apa. kalau student yg tak diajar adab nak balas dendam, anytime boleh kat luar kpj. hormatilah student, bukan nak marah semata-mata nak sembunyikan kelemahan pengurusan dan kekurangan kemudahan. apasallah kkm hantar kitaorang ke kpjic?

    ReplyDelete
  16. di dunia ni tak ada tempat yang boleh beri kepuasan kepada semua. sebab tu dunia ini semuanya sementara saja. kalau tanyak ust dia akan cakap dunia ini hanya daki saja, ahirat saja yang kekal.
    aku respect hang sebab masih dapat bersabar. hang memang kuat. aku harap kekuatan hang ni akan kekal bila kerja nanti. lecturer aku cakap bila kerja nanti lagi parah. kerenah pesakit boleh akibatkan kita kena buang kerja kalau tak sabar. tapi aku rasa kalau hang dapat bertahan di KPJIC dlm masa 3 tahun ni, bila kerja nanti hang dah tak ada masalah. mungkin itu hikmahnya belajar di sini, walllahhualam ........

    ReplyDelete
  17. aku takut keluaran kpjic ni kena buang bukan disebabkan pesakit tapi disebabkan kualiti kerja tak seperti digembar-gemburkan. cuba nilai kemudahan ASAS utk belajar di kpjic, cukup? tak perlu fikir jauh, tengok saja dewan kuliah. cukupkah dewan kuliah utk pelajar kpjic? kalau cukup, tak akan ada pelajar yg merayau di kaki lima nak cari tempat nak baca nota.kata nak tambah bangunan baru, aku dah nak abis belajar, masih ding dong ding dong ding dong.kalau dah tau tak cukup kemudahan, janganlah tamak nak intake pelajar ramai-ramai.kalau dah tau tak cukup dewan kuliah, janganlah marah kalau pelajar duduk di kaki lima, tepi longkang, atas tangga baca nota.tuhan bagi otak suruh fikir bukan suruh cari jalan marah orang utk sembunyikan kepincangan pengurusan.tgk aja intake new student yg terbaru.mak bapak student yg baru sehari dtg kpjic pun tau nak marah sebab kemudahan asas tak cukup. surau kecik. kedatangan mereka tak dialu-alukan. tak ada program tersusun utk pendaftaran. dari nilai ke mantin lepas tu balik semula ke nilai.mak bapak pun tau menagement kpjic bermasalah walau tak sampai 24jam ada di kpjic.ada ekskutif director pun keadaan sama tak berubah.bila student komplain kemudahan tak cukup, student disalahkan, bukan cari jalan nak selesaikan masalah kemudahan yg sememangnya tak pernah cukup dari dulu, kini & selamanya.tau nak rompak duit ptptn student je. tak takut bagi makan keluarga duit haram agaknya management kpjic ni. menipu pelajar dgn menjanjikan kemudahan asas belajar yg tak pernah ada.

    ReplyDelete
  18. aku dpt tahu KPJIC nak bukak cwgn kat Moroko & Yaman tak lama lagi.Sbb tu lecturer kolej pulun bljr Bahasa Arab skrg ni. ni yg aku rasa pelik!kat Nilai & JB masih tunggang langgang kelam kabut, tiba2 nak bukak branch kat oversea.ngatlah!aku haramkan duit yuran aku klu gunakan nak bukak branch kat sana.aku minta gunakan duit yuran aku untk kemudahan aku kat sini dulu.taip2 bulan byr yuran ..tp aku merempat kat sini..elok2 duk kelas pas tu kena halau pulak.sbb ada grp lain nak pkai.mmg haprak!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  19. jcorp memperjuangkan business jihad. kpjic memperjuangkan business jahat (offer kursus, tapi takdak kemudahan belajar)

    ReplyDelete
  20. cucu mat kilau21 June 2009 at 00:00

    mgkn kauorng dah tengok dengan mata kepala kau sendiri seorg yang bergelar hajjah tak pakai tudung.sengaja tunjukn rambut kat staff dan students.mmg x boleh pakai hajjah ni.patutnya jadi role model yang baik.rambut tu aurat perempuan.berdosa dedah kat org wlpun dah tua.sbb tu lah anti program agama semacam..

    ReplyDelete
  21. cucu m daud kilau21 June 2009 at 00:52

    blalaaa nk ada clasrom sndiri? x di halau olh grp len.ada student body, boneka. nk bg cukup syarat je, lepas batuk kat tangga. x mo kena soal dgn mqa. tp x function. klu blh tkr klj nk tkr sgt2 ke klj yg ada kemudhn yg cukp, cikgu yg qulify, ada cara tk? cmne nk tkr klj smbil menten thn pengajian & ptptn continue?

    ReplyDelete
  22. aku sedih tengok kamu semua. masih tetap salahkan orang yang dah buat salah. hina orang yang dah buat salah. kenapa tak ada seorang pun daripada kita yang tampil untuk memimpin. kita bersama - sama dengan pihak pengurusan berganding bahu membuat pembaharuan. tulisan aku yang dulu, telah tegaskan jangan hanya pandai caci orang (tapi sebenarnya kita pun sama macam orang yang kita caci.)walau seburuk mana sekalipun tindakan dari pihak pengurusan, mereka semua tetap pemimpin kita. sanggup ka kita hina mak dan bapa kita ????
    ada akal ka ? Belajar tinggi tapi akal pendek !!!!

    ReplyDelete
  23. malas nak pk.
    mnda yg sama.
    berulang..berulang..berulang..
    cdey.bingung.geram.marah.

    sesungguhnya manusia tidak dapat lari dari kesilapan.

    salah siapa?
    manusia itu sendiri.
    pk2kanlah..slamat beramal

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. aku mintak sgat ada perubhan kat kolej kita ni. student bukan robot.
    kami pun ada akal.ada perasaan.ada idea.
    boring dah duk mcm ni kat sini...

    ReplyDelete
  26. akak aku cite, waktu dia mula register tahun 1, mgt ada cakap, pnc akan ditambah dgn bangunan baru, lebih byk dewan kuliah, lebih byk hostel, library lebih besar. akak aku habis blaja, pnc masih macam tu. bila aku lak reg thn 1, mgt ada cakap, pnc akan ditambah dgn bangunan baru, lebih byk dewan kuliah, lebih byk hostel, library lebih besar. aku pun dah abis blaja, kemudahan masih sama, tak de improvement. masih daif & kekurangan. yg berubah cuma nama, dari pnc pd kpjic. kemudian tambah sorg lagi dlm mgt iaitu ex. directr. kelemahan, kekurangan & kedaifan kelas, kemudahan, ko-k, library, hostel masih sama malah semakin teruk. kemudian ada lak org mgt atau yg pro-mgt kata, jangan salahkan mgt, tp salahkan diri sendiri kerana tak mahu kerjasama. student kalau nak minta kerjasama ke arah pembaiktarafan pnc, anytime boleh. tapi sejauh mana mgt bersedia bekerjasama dgn student ? mcm komen2 yg dibuat, aku setuju dgn pendapat, kami student bayar yuran, student ada hak utk bersuara, & student selama ini sentiasa merungut dan komplen. apa mgt dah buat dgn rungutan & komplen yg dibuat oleh student ? mana kerjasama dari pihak mgt ? kalau tak bersedia utk mndgr komplen & rungutan student, jgn bazirkan duit cetak pink form & buat kotak komplen. tu semua duit. duit tu dtg dari yuran yg student byr. ini semua lakonan oleh org mgt. rasanya pnc/kpjic ni elok convert dari nursing school kpd school for actor & artis yg melahirkan org yg berbakat dibidang nyanyian, tarian & lakonan.

    ReplyDelete
  27. Aku pun tension... nak tukar kolej lain rasanya........tapi SPM credit x cukup........nak apply IPTA memang x layak.......so..sedar kelemahan diri aku ni...ke IPTS le aku...... nak pegi kolej nursing lain.. fees lg mahal....... praktikal pun x tentu hala..... x de tempat.... masalah kat sana lg teruk dari kat sini.... so nampaknya aku akan kekal disini... aku sedar diri aku.... dan aku cuba belajar bersungguh2.... dan bila pointer CGPA aku rendah.. aku x cuba nak salahkan org lain... aku teruskan berusaha.....

    ReplyDelete
  28. saya bangga denga anda semua yang dah mula faham akan punca masalah yang berlaku. itu lah yang sebaik - baiknya. itulah cara berfikir seorang yang matang. sentiasa nampak pada kelemahan dan kepincangan diri. dari sini baru boleh berjaya. mereka yang mengaku dan mengatakan orang lain yang salah itu adalah seorang yang bebal fikirannya. tulisan.... terlalu kasar.mungkin ada dalam keluarga dia 1 @ 2 orang saudara yang tak bertudung! sebab itu, bagi seorang beragama islam kita tidak dibolehkan mencaci orang secara terbuka hingga menimbulkan kemarahan orang. cara berdakwah mesti berhikmah (dalam kelembutan ada kerasnya!!??)
    jangan marah ...., ini hanya teguran seorang kawan saja.
    sapa yang nak jadi pemimpin kita sekarang untuk buat pembaharuan bersama - sama dengan pengurusan kolej ????????
    ada calon ka ?????

    ReplyDelete
  29. aku pk aku ni x ckp kredit je nk msk u... klu x aku x msk kolej ni...

    ReplyDelete
  30. betul tu..bila fikir2 balik... SPM aku pun cukup2 kredit je... ahahahahhaha.... nak minta sponsor pun seksa & segan..

    ReplyDelete
  31. betul tu, hanya org yang BEBAL yg mengatakan org lain salah. cuba tgk kolej kita, fasiliti tak cukup, mgt salahkan student. memang bebal mgt ni hahahaaha

    ReplyDelete
  32. org yg pro managemen nak juga tgk student mengaku student salah walau dah jelas manegemen gagal menyediakan infrastuktur asas sebuah kolej. apalah nak jadi kpjic. kpd managemen, boleh tak bagitau secara jelas & ikhlas, bila infrastuktur asas kpjic ni nak sempurna ? tak payahlah nak membebalkan student kerana menyalahkan managemen yg ternyata gagal menguruskan kpjic.

    ReplyDelete
  33. betul .. betul .. betul .. isu sebenar ialah kemudahan asas. kemudahan asas tanggungjawab management. takkan nak salahkan student kalau kemudahan asas kpjic tak sempurna. tuan haji yusuf dijemput datang ke hostel dan bermalam dengan student di hostel. cuba rasa macam mana kami pelajar rasa. selesakah dengan satu unit rumah flat, berkongsi ramai-ramai? macam rumah kongsi pendatang tanpa izin. rasanya tuan haji yususf lebih selesa tinggal dan tidur di rumah banglow. pukul 9 pagi, silalah ke libry, cuba baca buku di libry. ada tak kerusi kosong untuk tuan haji yusuf di libry. pukul 9.30 pagi pergi ke it lab lak. ada tak pc kosong untuk tuan haji yusuf. kalau ada pc kosong, try surf internet, laju ke atau lembab connction internet. lepas tu tuan haji cucukkan thumb drive tuan haji ke pc it lab. saya jamin 1001 macam virus akan berkampung dalam thumb drive tuan haji. kemudian tuan haji daftarkanlah diri ke mana-mana kursus di kpjic. keesokan harinya, jangan terkejut tuan haji dan para pelajar akan merayau selama setengah jam mencari di mana kelas yang boleh digunakan untuk kuliah. dan tuan haji jangan terkejut kalau tuan haji dah dapat kelas untuk kuliah, tak sampai 10 minit kuliah berjalan, tuan haji dan pelajar lain akan disuruh keluar kerana group lain nak guna kelas tersebut.

    kekurangan kemudahan asas kpjic ni salah studentkah ?

    siapa yang bebal sebenarnya ?

    ReplyDelete
  34. tuan haji yusof nak try duduk di ostel ke? best. tuan haji yusof jangan lupa naik bas dari mantin ke kpjic. harap2 tuan haji yusof berpeluang join student kpjic menolak bas yang mati enjin di pajam. inilah standard kpjic. nak jaga status konon. kalau tuan haji yusof nak join jadi student, saya nak ingatkan. kalau tak ada kelas kosong atau library penuh, jangan baca nota tepi tangga atau tepi longkang. nanti kalau nampak dek CEO, tuan haji yusof kena marah sebab kelas tak cukup hahahaha

    ReplyDelete