Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Thursday 4 June 2009

Lagu Agnes Monica - Allah Peduli


Bersesuaian dengan isu hangat kekeliruan penggunaan perkataan 'Allah' didalam penerbitan gereja Kristian.

Ahli Parlimen Baling, Dato Taib Azamuddin semasa pembahasan di Parlimen mengenai isu ini mengulas "Allah yang mana" yang mereka maksudkan. Kita biasa mendengar orang Cina menyebut 'Tuhan Alah'.

Sesiapa yang pernah mengambil subjek TITAS atau LAN 1004 Pengajian Islam (Tamadun Islam Tamadun Asia Tenggara) ada mengajar mengenai agama-agama mereka iaitu Hindu,Budha, Kristian dan sebagainya, juga yang tidak beragama dipanggil "pagan" serta yang tidak mempercayai agama di panggil atheis .

Agama Budha,Kristian dan Hindu dipanggil agama langit. Mereka juga percaya Tuhan yang betul ialah Allah cuma mereka menggunakan perantaraan.

Di dalam Kristian, mereka mendakwa 'God' di dalam bible mereka tu adalah Allah iaitu bapa kepada jesus mereka dan suami kepada Mary mereka . Namun begitu tiada sepatah pun di dalam bible yang menyebut perkataan Allah. Begitu juga dengan agama Hindu dan Buddha.

Namun begitu, orang Kristian di Indonesia telah menggunakan perkataan Allah. Contohnya lirik lagu Agnes Monica (Kristian) yang bertajuk "Allah Peduli".

Di sini jelas menunjukkan keburukan jika mereka dibenarkan menggunakan perkataan Allah walau pun tidak sama dengan Allah SWT kita.

Tidak mustahil orang Islam yang kerana fanatik atau pun jahil tentang Islam menyanyikan lagu tersebut. Saya yang kurang ilmu agama ni berpendapat adalah murtad menyanyikan lagu tersebut walaupun ia hanya sekadar lirik lagu sahaja kerana Allah yang Agnes Monica itu adalah bapa Jesus mereka.

Jadi kepada peminat Agnes Monica khasnya dan peminat lagu-lagu Indonesia amnya..berhati-hatilah! Mungkinkah Agnes Monica cuba mengkristiankan orang Islam!


No comments:

Post a Comment