Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Tuesday 14 April 2009

Teknik Cakar Harimau vs Hari-Hari Mau ..


"Teknik cakaran harimau" yang dipopularkan oleh Ustazah Nur Baayah satu masa dahulu.

Langkah Pertama
- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

Langkah Kedua
- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ...

Langkah Ketiga
- dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

Langkah Keempat & Langkah Kelima
- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.


Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.


Langkah Enam
- dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

Langkah Ketujuh
- sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

Langkah 8
- Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami

Langkah seterusnya , terpulanglah pada anda ...Anda boleh sambung sendiri !!




1 comment:

  1. hehehe....best lah ustaz kasi tips ni..tapi ni untuk org kahwin je tau, suami isteri je bleh buat...couple2 jgn cube melakukan nya...hihihi

    ReplyDelete