Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Tuesday 24 March 2009

Awas ... Ayam Cucuk Di Pasaran !

Ayam kalau dicucuk di lidi lepas tu dibakar dengan bahan-bahan tertentu jadi sate ayam sedap juga, ini ayam cucuk yang dimaksudkan ialah ayam yang tidak disembelih tetapi menggunakan alat untuk mencucuk di leher ayam tersebut supaya mati.
Untuk mengenal ayam cucuk ialah di leher ayam tersebut ada kesan lubang seperti dicucuk. Seperti di bawah:




Kalau dalam Islam syarat sah sembelihan ialah mesti putus urat halkum dan urat merih dengan menggunakan pisau tajam dan tidak boleh di angkat pisau tersebut semasa proses penyembelihannya.



Berikut adalah dari akhbar Metro hari ini:

SHAH ALAM: Halalkah ayam yang anda makan? Persoalan itu mungkin menjadi tanda tanya apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu pusat penyembelihan ayam di sekitar Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, dekat sini, awal pagi semalam menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syarat.

Lebih mengejutkan apabila 38 pusat penyembelihan yang diperiksa itu turut memaparkan siri logo halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis masing-masing, tetapi pemeriksaan mendapati cara penyembelihan itu meragukan.

Dalam operasi jam 3.30 pagi semalam dan berakhir tiga jam kemudian itu membabitkan Jais, Jabatan Mufti Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Alam Sekitar. Turut sama dalam operasi itu Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.

Pegawai Jais, Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pemeriksaan ke atas premis terbabit mendapati ayam itu tidak disembelih dengan betul, tetapi ia diproses sebelum di jual di pasar di sekitar Lembah Klang.


Ayam ini tidak halal dimakan oleh umat Islam kerana dikategorikan sebagai bangkai. Berhati-hati semasa membeli ayam di pasar,pasar malam, macam-macam mart dan lain-lain tu.


1 comment:

  1. Salam. Sebenarnya banyak produk haram di pasaran terutama di bidang perubatan dan digunakan secara tak sedar oleh umat Islam.

    Sebagai contoh, Plaster of Paris (POP) yang digunakan untuk menyimen bahagian tulang yang patah. Ianya dibuat dari tulang babi. POP ini juga digunakan membuat TAUFUFAH dari air soya.

    Begitu juga dengan Heparin, drug untuk mencairkan darah atau kadang-kadang digunakan untuk menyalut tabung uji atau tiub specimen darah agar darah tak membeku. Ianya diperolehi dari babi. WALAU PUN ada yang diperolehi dari lembu, persoalannya apakah lembu tersebut disembelih menurut syariat Islam ? Andainya tak disembelih menurut syariat, heparin bersumberkan lembu itu juga adalah najis.

    Satu lagi produk ialah SURIMI. Surimi adalah sejenis protein plasma yang diperolehi sama ada dari babi, lembu atau ayam. Hadis Sahih Bukhari & Muslim ada menyebut sabda Rasulullah SAW bahawa Islam mengharamkan darah dan sebarang bahagian dari darah termasuklah protein plasma yang disebut SURIMI.

    Surimi merupakan bahan wajib yang digunakan untuk fish cake, fish ball dan produk2 yang seumpama dengannya.

    Pihak USIM ada menjalankan kajian menggunakan ELISA bagi mengesan produk yang menggunakan SURIMI. Malangnya, hampir 100% produk fish cake & fish ball menggunakan SURIMI yang bersumberkan protein plasma termasuk keluaran umat Islam.

    Pihak pengeluar logo HALAL hanya menyiasat prosedur pengeluaran bagi pengeluaran logo HALAL. Tapi sumber produk sama ada najis atau tidak, kurang dititik beratkan.

    Sama-samalah kita menjaga makan minum kita agar bersumberkan halal dan toiyibah

    Wasalam

    ReplyDelete