Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Friday 20 March 2009

Al-Fatihah ... Buat Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin


Allahyarham Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin ( Ustaz KA ) telah meninggal dunia pada jam 11.20 malam tadi (Khamis) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Disyaki akibat demam denggi.Umur Allahyarham dalam lingkungan 35 tahun.

Allahyarham adalah merupakan rakan rapat saya semasa sama-sama belajar di Universiti Al-Azhar , Kaherah , Mesir. Allahyarham juga adalah merupakan seorang ahli jawatankuasa kanan semasa saya menjadi Ketua Pelajar N.Sembilan Mesir ( BAKANS ) selama 4 tahun pada masa dulu.Saya mengenali Allahyarham sebagai seorang yang amat berdidikasi dan amat komited dengan perjuangan Islam.

Allahyarham pernah datang ke KPJIC sebanyak 5 kali sebagai Juri Pertandingan Nasyid , Tilawah , Hafazan dan Khat Peringkat KPJIC . Kali terakhir Allahyarham dijemput menjadi juri pada tahun 2008 yang lalu . Mungkin para peserta masa itu masih ingat dengan nama dan wajah Allahyarham.

Kepada saudara mara, sahabat handai dan kenalan boleh menziarahi jenazah almarhum di rumah mertua almarhum, Tn Hj Kassim (Rembawi) di Gedung Lalang, Ampangan, Seremban.

Menurut ipar beliau, Ustaz Suhaimi Kassim, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Paroi Jaya selepas Solat Jumaat.

( Allahyarham Ustaz KA semasa demo PPSMI di Kuala Lumpur baru-baru ini)

Bacakan Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz KA. Semoga ruh Allahyarham dicucuri rahmat dan digolongkan bersama salihin , auliya ', syuhada' dan para RasulNya. Amin...... - Bro.Kutu-Ilmu

( Berita Kematian Allahyarham telah dipaparkan dalam HarakahDaily dan Tranungkite Online 20/3/2009 )

2 comments:

  1. Al.Fatihah..semoga ruhnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT..

    ReplyDelete