Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Sunday 15 March 2009

5 Cara Menghindari Maksiat

Apabila sebut perkatan maksiat , seringkali kita kaitkan maksiat dengan akhlak dan moral . Sebenarnya maksiat mempunyai pengertian lebih luas daripada itu . Maksiat adalah merupakan segala perbuatan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan salah , dosa , melawan , cuai , menentang atau derhaka kepada Allah swt .Maksiat yang dilakukan akan mendapatkan kemurkaan Allah swt dan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan itu , samada di dunia mahupun di akhirat nanti.

Ada cerita menarik yang saya akan kongsikan dengan pengunjung blog saya , iaitu kisah dialog yang berlaku seorang lelaki yang soleh yang bernama Ibrahim Adham dengan seorang lelaki yang lain . Kisah ini mengajar kita supaya menjauhi perbuatan maksiat . Terdapat 5 tips yang diajar oleh Ibrahim Bin Adham bagaimana cara menjauhi maksiat melalui kisah ini:

PADA suatu ketika, ada seorang lelaki datang menghadap Ibrahim bin Adham, seraya berkata: “Wahai Abu Ishaq! (panggilan Ibrahim bin Adham), aku ialah orang yang lupa diri. Oleh itu, berilah aku sesuatu yang dapat mencegah serta menyelamatkan hatiku daripada kecuaian!”

Ibrahim menjawab: “Jika kamu mahu menerima lima hal serta mampu melaksanakannya, nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi.”

Lelaki itu berkata: “Tolong sampaikan hal itu kepadaku, wahai Abu Ishaq." Ibrahim kemudian berkata: “Pertama apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, janganlah kamu memakan rezekinya."

Pemuda itu kemudian bertanya lagi: “Lalu dari mana aku makan, bukankah semua yang ada di bumi ini adalah rezeki pemberian-Nya.” Ibrahim menjelaskan: “Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu masih selalu menderhaka kepada-Nya?"

Lelaki itu berkata: “Sekarang tolong beritahukan yang (hal) kedua." Ibrahim berkata: “Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepada-Nya, jangan sampai kamu menginjak bumi-Nya.” Ujar lelaki itu: “Perkara ini mungkin lebih berat daripada perkara pertama. Segala sesuatu yang ada, bermula dari belahan timur sampai barat adalah sesuatu milik-Nya, lalu di mana aku akan tinggal?"

Ibrahim berkata: “Begini, wajarkah engkau memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedang kamu masih menderhakaiNya?" Lantas lelaki itu menjawab: “Tidak, sekarang tolong sebutnya yang ketiga!"

Ibrahim berkata lagi: “Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan, sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayah-Nya, sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui oleh-Nya, kemudian di tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat." Lelaki itu semakin bingung dan kemudian berkata: “Wahai Ibrahim! Bagaimana hal ini dapatku lakukan. Dia selalu mengetahui apa saja yang dirahsiakan?"

Ibrahim meneruskan hujahnya: “Wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan berada di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih derhaka kepada-Nya dan Dia selalu mengawasi segala gerak-gerimu?"Pemuda itu segera menjawab: “Tidak, sekarang cuba sebutkan yang keempat!"

Ibrahim berkata: “Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu, cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah." Jawab lelaki itu: “Mustahil dia mahu menerima permohonan itu.”

Tanya Ibrahim: “Kamu tidak mungkin mampu menolak kematian hingga kamu dapat bertaubat dan di sini kamu dapat mengetahui bahawa malaikat pencabut nyawa mustahil memberi tempoh kepadamu, lalu bagaimana mungkin kamu akan mendapatkan sebuah jalan untuk menyelamatkan diri?" Lelaki itu seterusnya berkata : “Sekarang cuba tolong sebutkan yang kelima."

Ibrahim berkata: “Jika pada hari kiamat nanti, malaikat Zabaniyah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka, usahakan untuk menolaknya."Jawab lelaki itu: "Mereka tidak mungkin bersedia meninggalkanku begitu saja, walaupun aku kemukakan pelbagai alasan."

Ibrahim bertanya lagi: “Jika demikian, bagaimana mungkin kamu akan mengharapkan suatu keselamatan?" Kata lelaki itu berkata: "Wahai Ibrahim! cukup, cukup! Sekarang aku akan memohon ampun dan taubat kepada-Nya.”

Selepas peristiwa itu, lelaki itu tekun beribadat hingga akhir hayatnya - Bro.Kutu-Ilmu


4 comments:

  1. alhamdulillah saya tlh mendapat pengajaran dr kisah ini....kita sebagai seorang manusia x boleh menderhaka atau melakukan maksiat d bumi allah oleh itu bertaubatlah kepadanya dgn sebenar benar taubat(taubat nasuha) dan ingat lah allah itu maha pengampun dan mintalah ampun selagi nyawa mu blm diambil sblm badan mu di tarik dan di siat di api neraka dan sblm pintu taubat mu ditutup

    terima kasih penulis kerana menyedarkan saya dari kesalahan yg saya lakukan insyaallah allah akan memberkatimu

    ReplyDelete
  2. jazakallah khair..

    walau sudah saya membacanya dan bergenang air mata ini membasahi pipi saya ini kerana saya ingat akan kebaikkan kamu di sini dan ingat juga kepada Allah yg menciptakan kita.

    Tetapi saya masih juga seperti orang tidak tahu bersyukur dan tetap juga melakukkan ke maksiatan.

    Apakah lagi perkataan yg boleh membuatkan saya bersemangat dan berubah kepada yg lebih baik.

    Setiap kali saya membaca nasihat yg ada memiliki hadis nabi saw dan firman Allah...saya juga pasti akan menangis sendirian...sebab perasaan saya yg sebelah satu lagi sangat takut akan siksa jahanam tetapi perasaan saya yang satu lagi selalu lupa diri.

    Terkadang saya berfikir apa guna mata ini mengalirkan air mata kerana takut Allah akan berpaling melihat saya di akhirat kelak dan menyiksa saya dengan api jahanam disebabkan setengah amal saya mengkufuri nikmat-nikmatNya.

    Beruntungkan orang-orang yg dibersihkan hatinya oleh Allah 'azawajalla..mereka kuat dan gigih berusaha sekuat tenaga membersihkan hatinya dari kemaksiatan dan dosa.

    Bagaimana dengan diri saya???

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas segala teks ini.....ACE

    ReplyDelete