Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Monday 9 February 2009

e-mail : Boyfriend Bukan Islam . Nak Teruskan Hubungan Atau Putuskan ?

Saya terima email ini pada 8 Februari 2009 , yang berbunyi begini :

salam ustaz..

saya salah sorg student kpjic..perempuan.
urmm..saya ader mslh nk ngadu kt ustz harap ustz xkeberatan nk baca..huhu.

mmm..mcm remaja yg lain,saya pun ade special boyfriend..tapi saya tawu couple nih xbrapa elok & saya terlanjr cple sblm saya cintakan allah & diri sendiri..
tp skarang saya da mula sedar & sedang mentauhidkan diri kpd allah.. dan sedang mencari petunjuk/hidayah..

masalahnya,bf saya bukan islam..dia hindu dan dia tak lagi 100% percaya kpd allah..selama 8bulan kami bersama,parents die baru tahu yang dia ade girlfren melayu.tapi parents n family die tak setuju kalau dia ade girlfren melayu & kami agak tertekan juga.family saya pula no komen tentang dia kerana agak beberapa kali jugalah dia da jumpa family saya..cuma ayah saya tidak mahu sebarang masalah dengan family dia.

saya mengaku sepanjang bersama dia ada perkara yang tidak baik dan ada perkara yang baik yang berlaku terhadap diri saya.saya bertaubat dengan segala kemungkaran yang saya pernah lakukan..& dulu saya tak pakai tudung,tapi kini alhamdulillah, saya mula sedar & takut akan allah swt.tp masa saya cakap dkat dia yang saya akan pki tudung dan taknak bsentuhan dia macam kurang boleh terima tapi die tpaksa trima.

saya tak tahu adakah saya layak untuk membimbing bf saya ke jalan allah..dan membimbingnya bukanlah senang..saya ada juga melakukan solat istikharah tetapi,saya tak tahu atau mgkin saya tak perasan petunjuknya & kini saya buntu utk teruskan hubungan ini atau tidak...


10 comments:

  1. xsalah bercouple atau brcinta dgn dgn seorang yg bkan islam..ttp dgn syarat diri sndiri ckup kuat utk m'bimbing hbungan itu..prasaan xknal wrna kulit ataupun agama..sdangkan islam brcinta dgn islam sndiri hanyut..ini smua trletak pd diri sndiri..

    ReplyDelete
  2. Pertamanya dalam islam mana ada istilah bercouple....

    bercouple = menghampiri zina
    menghampiri zina = zina
    zina = dosa besar
    dosar besar = lu fikir lah sendiri...

    Kamu pun tahu nak bimbing manusia ni bukannya senang..... kalau dia ikhlas.... dia x de masalah dgn syarat2 kamu...... dia akan turuti...

    Fikirlah dgn iman dan takwa bukan dgn emosi.... sudah byk kes2 wanita melayu yg telah kami baca berkesudahan dgn kegagalan@murtad....

    Harap kamu dpt pertimbangkan utk meninggal kan dia.... kalau benar dia inginkan kamu.... biarlah dia mendalami apa itu islam jika benar niat nya ikhlas.... insyaalah akan sampai hidayah Allah padanya.....

    Ingat dunia ini hanyalah persinggahan sementara.... berbaloikah hanya kerana kenikmatan seminit dua di dunia, kita tukarkan dgn seksaan di akhirat kelak yg kekal abadi.....

    p/s: moh le kita blajar sungguh2.... abis diploma sambung degree... dah tamat dpt keje yg bagus... terus kawin.... yg menggatal nak couple sgt nape?.... kawal skit le hormon tu....

    ReplyDelete
  3. Saudari ,
    Setiap manusia mempunyai keinginan untuk dikasihi , disayangi , mengasihi , menyayangi dan seumpama dengannya . Apatah lagi , apabila berada di tahap usia remaja . Mengikut teori psikologi , zaman remaja itu adalah suatu proses , bukannya satu jangkamasa. Proses yang dimaksudkan di sini ialah proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Oleh itu , dalam proses keremajaan ini perkembangan pembentukkan identiti berlaku lebih pesat dan lebih mencabar.

    Bercouple boleh dianggap sebagai salah satu identiti remaja. Ia boleh jadi positif atau negatif .Namun begitu , saya masih keliru dengan “ maksud” couple dalam tulisan saudari tulisan . Begitu juga mengenai “ tahap” couple “ dan “kejadian-kejadian” yang telah berlaku semasa saudari bercouple. Sebaiknya saya perlu mengetahui persoalan-persoalan ini sebelum memberikan pandangan terhadap permasalahan yang saudari lalui.
    Walaubagaimanapun , saya boleh mengandaikan di sini bahawa couple yang saudari maksudkan ialah bercinta .

    Saudari ,
    Bagi pandangan saya , bercinta dengan manusia tidak mempunyai kesalahan sekiranya saudari menjaga adab , peraturan dan Syariah Islam. Termasuk juga bercinta dengan orang yang berlainan bangsa dan agama. Tetapi , sekiranya berlaku pelanggaran terhadap adab , peraturan dan Syariah , maka percintaan itu boleh dikira sebagai percintaan yang batil dan berdosa. Lebih-lebih lagi kes percintaan yang boleh merosakkan maruah diri , pelajaran , masa depan dan harapan ibubapa . Ianya boleh dianggap telah mengkhianati amanah yang dipikulkan ke atas bahu saudari. Jauhilah couple dan bercinta … sekiranya mendatangkan kemudharatan , keburukan dan kerosakan pada diri saudari.

    Percintaan untuk tujuan berkahwin merupakan niat yang baik dan murni. Namun , niat yang murni dan baik tidak menghalalkan cara dan perlakuan yang salah dan bercangggah dengan adab , etika dan agama. Alhamdulillah dan syabas saya ucapkan kerana telah saudari telah insaf dan sedar di atas “ telanjur couple “yang telah berlaku.

    Saudari ,
    Mengenai pasangan saudari , kelainan yang berlaku biasanya memerlukan masa dalam proses penyesuaian. Oleh itu , saudari mempunyai lebih banyak cabaran dan usaha yang berterusan untuk menghadapinya. Apa yang saya baca daripada tulisan saudari menggambarkan bahawa saudari telah mengalami masalah penyesuaian diri dengan ahli keluarga pasangan . Saudari juga bimbang dengan aspek bimbingan suami . OLeh sebab itu dalam Islam , mempunyai kaedah dalam soal pemilihan iaitu ,sepertimana hadis Nabi menyebutkan :

    “ Pilihlah perempuan / pasangan itu kerana 4 perkara iaitu berharta , cantik , mempunyai keturunan yang baik dan beragama . Tetapi , pilihlah yang beragama kerana itulah yang membahagiakan kamu “ .

    Oleh itu , dalam aspek bimbingan pasangan aspek beragama mestilah menjadi keutamaan kerana ia boleh menjamin menjaga keharmonian dan memelihara tuntutan halal dan haram dalam melayari bahtera rumahtangga untuk jangkapanjang dan berkekalan.

    Saudari ,
    Apa yang saya harapkan agar maklumat yang nyatakan di sini boleh dijadikan sedikit panduan kepada saudari untuk membuat keputusan samada ingin meneruskan atau memberhentikan perhubungan saudari.

    Saya ingin menasihatkan agar saudari berjumpa dengan mana-mana kaunselor untuk berbincang dalam menyelesaikan permasalahan ini . Kepada pengunjung blog pula , diharap boleh terus memberikan komen dan buah fikiran mengenai permasalahan ini.

    ReplyDelete
  4. if u think u can do juz go on..

    ReplyDelete
  5. tetapi ustaz, kalau dia buat perkara2 yg diluar biasa sbg cth ; menyakiti diri sendiri dgn objek, jika saudari ni tinggalkan pasangan dia mcmner pula??

    ReplyDelete
  6. bercinta tu x salah ngan sesapa...
    jnji restu keluarga sentiasa bersama...
    satu lgi...jgn mmbelakangkan agama ALLAH...
    wanita zamn skrg bgtu mudah terpedaya..
    jgn brkwn kerana rupa,tp kerana hati...
    kalo dia ikhlas...dia sggup trima kita walaupon seburuk mana kita...
    ingatlah bahawa...
    "wanita yg baik itu adalah untuk lelaki yg baik..."

    dr: sang asura n da geng

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Apa jua tindakan lahiriah atau tuturkata perkataan yang dilafazkan, tak lari dari 5 hukum ALLAH.

    1. Wajib
    2. Haram
    3. Sunat
    4. Makruh
    5. Harus

    Dan untuk sesuatu perkara itu menjadi ibadah hendaklah :

    1. Niat yang betul, ikhlas kerana ALLAH, ....(bercouple kerana ALLAH ???? )
    2. Perlaksanaan mesti selaras dengan syariat Islam, tidak bercampur antara yang halal dan yang haram .... (bercouple ni selaras dengan syariat Islam ke ???)
    3. Natijah perbuatan tersebut mesti tidak bertentangan dengan syariat .... ( ermm kira nikah yang sah kira ok lerr )
    4. Perkara yang dilaksanakan dibenarkan syariat ... ( ermm bercouple dibenarkan ke dalam syariat ??? Ada hadis, kalau seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan, pihak ke tiga adalah syaitan .... kita dah matang, boleh fikirkan ;-)
    5. Tidak meninggalkan ibadah yang asas .... tak tinggal solat, tak dedah aurat, tak bersentuhan antara lelaki-wanita bukan muhram ..... ermmm kalau macam tu, boleh ke couple ni ?

    Dalam Islam ada cara untuk bercinta. Banyak diceritakan di dalam Al Quran & Hadis, sebagai contoh :

    1. Cinta antara Nabi Adam AS & Hawa
    2. Cinta antara Nabi Yusuf AS & Zulaikha
    3. Cinta antara Nabi Ibrahim AS & Siti Hajar serta Siti Sarah
    4. Cinta antara Rasulullah SAW dengan Khadijah, Aisyah, Habsah, Safiah etc

    Tak kurang dengan Al QUran & hadis, kisah para sahabat juga banyak memaparkan percintaan antara Handzalah & isterinya, cinta Rabiatul Adawiah, cinta Hassan Al Basri & Azizah dan lain-lain lagi.

    Cuma kita saja tak tahu sebab kita banyak dihidangkan dengan kisah-kisah cinta rekaan musuh-musuh Islam.

    macam kisah Romeo & Juliet, Shah Rukh Khan & Kajol, Erra Fazira - Yusry - Hans Isaac - Engku Imran, Norman Hakim - Abby Abadi - Memey dll

    Dalam Islam juga ada cara untuk mencari jodoh.

    Cuma kita saja yang tak tahu malah malas mencari.

    Mungkin ustaz & ustazah boleh kupas kesemuanya ni ;-)

    ReplyDelete
  8. Orang yang mencederakan dirinya itu, sebenarnya orang itu mengalami masalah psikologi . Pemikirannya tidak rasional dan emosinya tidak stabil . Lebih baik dirujuk kepada kaunselor untuk berbincang.

    Perbuatan itu juga boleh dikatakan perbuatan yang tidak normal . Sekiranya kaunselor tidak berjaya membantu , maka orang itu akan dirujuk kepada psikatris.

    Sekiranya masih membuat perkara yang mencederakan diri dengan objek adalah lebih baik juga dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya .

    Mengikut agama Islam , perbuatan mencederakan dan memudharat diri adalah perbuatan yang diharamkan Islam . Dalam Al-Quran ada menyebutkan yang bermaksud " Jangan lah kamu mencampakkan diri kamu kepada kebinasaan "

    Oleh itu , saya mencadangkan agar orang yang terlibat berfikirlah secara waras sebelum membuat sesuatu perbuatan yang melanggar undang-undang dan Syariat Agama Islam . Janganlah sampai hilang pertimbangan akal dan nilai agama yang ada pada diri kerana masalah ditinggalkan kekasih , putus cinta dan sebagainya. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  9. AWT
    ustaz saya carl dari sbn.sebenarnya saya 1 org cikgu dri sbn.saya ingin bertanyakan kemuskilan saya mengenai isteri saya.dia lebih besar gaji daripada saya.yg tak sedap tu apabila saya kata saya dah abis duit gaji untuk belanja dia kata saya itu tanggungjawab saya cari duit lebih.saya kata bantulah saya.dia kata itu tanggungjawab suami sebagai ketua rumah tangga untuk menguruskannya.bagaimana jawapan ustaz.sekian,wasalam.

    ReplyDelete
  10. Wassalam . Terimakasih Cikgu kerana sudi mengunjungi blog saya .

    Menyediakan nafkah adalah merupakan tanggungjawab suami dalam sesebuah rumahtangga yang telah didirikan . Suami mestilah menyediakan segala keperluan yang diperlukan untuk isteri dan anak-anaknya. Namun begitu , nafkah yang disediakan oleh suami bergantung kepada kemampuan suami . Tapi yang paling penting ialah suami dapat menyediakan sekurang-kurangnya keperluan asas keluarga , iaitu nafkah yang berbentuk keperluan kehidupan , bukan berbentuk kemewahan . Kalau dapat menyediakan nafkah yang berbentuk kemewahan , usaha itu juga adalah baik .

    Walaupun kewajipan ini di atas bahu suami , si isteri juga boleh bekerja untuk membantu suami mencari nafkah, asalkan dapat keizinan suami . Tidak dinafikan , kedapatan isteri zaman sekarang ini yang berkerja dan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada suami.

    Dalam Islam , tidak menjadi halangan sekiranya isteri mempunyai pendapatan yang lebih tinggi seperti itu . Namun, isteri seperti itu tidak boleh merendahkan martabat suami yang mempunyai pendapatan kecil dan memaksa suami mendapatkan pendapatan yang lebih sekiranya suami tidak mampu.

    OLeh itu untuk mengatasi masalah ini adalah lebih baik suami isteri berbincang secara baik mengenai persediaan nafkah ini agar keharmonian dan kebahagaiaan rumahtangga dapat dijaga dan dikekalkan .

    Saya juga mencadangkan agar dapat berjumpa mana-mana kaunselor yang Cikgu percayai untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini . Wallahu a'lam.

    ReplyDelete