Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Wednesday 7 January 2009

sms : Apa Hukum Melenggang Perut ?

Saya terima sms ini pada 6/1/2009 yang berbunyi begini :

" Salam ustaz . Saya nak tanya apa hukumnya wanita mengandung buat acara melenggang perut tika usia kandungan 7 bulan . benda tu kurafat kan ? Nor G 29

1 comment:

  1. Wassalam . Melenggang perut merupakan adat yang biasanya diamalkan oleh masyarakat Melayu di Malaysia. Di utara tanahair , melenggang perut disebut sebagai " kirim perut " .
    Sekiranya sesuatu adat ini tidak mengandungi perkara-perkara yang meragukan dari segi niat , iqtikad ,peralatan yang digunakan dan bacaan-bacaan yang dibaca , maka adat itu adalah harus diamalkan . Tetapi sekiranya mengandungi perkara yang meragukan dan syubhat , maka adat itu wajib ditinggalkan.
    Bagi pendapat saya , adalah lebih baik mengadakan kenduri pada bulan yang ke 7 itu dengan beramai-ramai berdoa dan bermunajatkan kepada Allah swt agar perempuan yang akan bersalin itu mendapat kemudahan , senang dan selamat bersalin . Begitu jugalah keadaannya kepada si bayi itu nanti.
    Namun begitu , saya yakin bahawa saudari boleh memberitahu pihak keluarga atau mertua dengan penuh berhikmah dan bijaksana mengenai adat yang diamalkan ini . Semoga pihak yang berkaitan tidak salahfaham mengenai permasalahan adat budaya kita dari segi agama Islam . Wallahu a'lam.

    ReplyDelete