Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Wednesday 3 December 2008

sms : Antara Dara & Darah

Saya terima sms ini pada 3 Disember 2008 , yang berbunyi begini :
Assalamualaikum ustaz.. sy a****** g 30.sy nk btye bkaitan ngn pkhwinan..smse bstubuh ngn suami adkh smstinye darah kuar dr pmpn punye? Tiada darah bmkne xde dare ? Sy confuse la ustaz,sy harap ustaz dpt mberi jwpn y mmuaskn.

8 comments:

  1. Wasalam.Dalam perkahwinan , memilih pasangan hidup adalah amat penting kerana ia akan menentukan corak dan gaya dalam melayari bantera kehidupan bekeluarga. Di samping itu juga ia akan menentukan elemen kebahagiaan dan keharmoniaan dalam bekeluarga.

    Dalam Islam telah ada garis panduan apakah ciri-ciri pasangan bagi lelaki dan perempuan iaitu kaya , cantik , mempunyai keturunan yang baik dan beragama.
    Dalam kepercayaan masyarakat kita , perempuan yang mempunyai dara dianggap sebagai sebagai perempuan yang baik dan suci serta mempunyai kehormatan yang tinggi. Boleh dikatakan semua orang lelaki ingin memilih perempuan yang seperti ini sebagai pasangan hidupnya.

    Namun begitu , apakah semua memiliki selaput dara ?TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.

    APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?
    Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

    Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan seks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

    APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?
    Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan seksual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan seksual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

    Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

    APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?
    Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan seksual buat kali pertama.

    Malam dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan seksual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

    Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan seks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

    Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

    Walaupun ada perempuan yang tidak mempunyai dara sejak lahir dan tidak berdarah semasa persetubuhan pertama bukanlah bermakna ”kegadisan ” itu tidak penting dan boleh buat apa saja seperti berzina , onani dan sebagainya.Kehormatan dan maruah diri mestilah dijaga dengan sebaik mungkin. Wallahu a’lam.

    ReplyDelete
  2. selalunyer kegadisan perempuan slalu dpersoalkan dalam pernikahan.. macam mane plak dgn kaum lelaki? sume lelaki suci ke? xpayah jaoh la, amek cnth student lelaki PNC sendiri, masih teruna kah mereka? dalam soal ni jangan nak salahkan gurl jew.. ALLAH tu adil, klu baik kite maka kite akan dapat pasangan yang baik gak.. sendiri pk la, cermin diri sendiri.. lau dr sndri perangai xserupe orang jgn mimpi la nak dapat partner yang baik2...

    ReplyDelete
  3. ALLAH maha adil kan....... so bertaubatlah pada yg dah ter....
    insyaallah ada pasangan baik yg akan menanti...

    p/s: moral of the story.... jgn gelojoh@jakun sgt nak berboyfriend....

    ReplyDelete
  4. ustas, if saya having sex then xmandi wajib lagi pastu sy period.. so berapa kali sy kene mandi wajib..

    ReplyDelete
  5. Apabila anda berada dalam keadaan sedemikian , anda hanya perlu mandi wajib sekali sahaja setelah kering haid nanti.Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. kesalhan yg lepas jgn di ingat semula sebab itu kejahilan kita di masa lampau.. pandang ke depan dan bertaubat lah. sesungguhnya ALLAH maha pengampum, pengasih dan penyayang.. bertaubat lah selagi pintu taubat terbuka dan kita masih bernafas di dunia ini.. SESUNGGUHNYA kita manusia biasa yg tak lepas dr membuat dosa..

    ReplyDelete
  7. bagaimana pula dengan lelaki yang btol2 menjaga keterunaannya mendapat seorang gadis yang tidak lagi suci?adilkah itu bagi lelaki tersebut?

    ReplyDelete
  8. jodoh di tgn tuhan....
    hati manusia sentiasa berubah2....
    jika niat lelaki itu ingin mengubah gadis itu, besar pahala nya di sisi Allah....
    *tp kt KPJIC byk kn pmpn yg mcm 2, tp x semua la... semoga mreka dpt mengubah cara hidup mereka...

    ReplyDelete