Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Wednesday 26 November 2008

Sah ! PNC dah tukar nama secara resmi ke KPJIC

Walaupun setakat ini tiada pengumuman secara resmi dibuat oleh pihak kolej , hakikatnya nama PNC telah ditukar kepada KPJ International College Of Nursing And Health Sciences atau ringkasnya KPJIC . Tahniah ! Ini adalah berikutan memo mengenai program motivasi yang diedarkan oleh pihak Human Resource kepada staff telah menggunakan letterhead baru KPJIC.....

Maka dengan itu , tiada lagi nama PNC digunakan . Nama PNC hendaklah " dimakamkan " di tempat yang mulia dan terhormat sesuai dengan jasanya yang begitu besar . Segala apa yang yang berlaku sepanjang sejarahnya yang begitu panjang akan diabadikan dalam " Kenangan Terindah " . Lalu bermulalah lingkaran sejarah baru dengan identiti yang baru.Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok akan lebih baik daripada hari ini !!!

Jadi ,bermula hari ini apabila anda ditanya "Awak kerja kat mana ? "Jawablah dengan bangga "Saya bekerja kat KPJ International College" atau apabila anda ditanya "Awak belajar dimana ? "Jawablah dengan rasa bangga " Saya belajar kat KPJ International College " . Agak-agaknya , apakah respon / reaksi orang yang bertanya itu ? Apakah sama seperti nama PNC dulu ? Anda fikirlah sendiri ...........

No comments:

Post a Comment