Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Monday 20 October 2008

Ujian Psikologi Xplorasi Kerjaya

Adakah anda sudah kenal pasti personaliti anda yang sebenar?
Adakah bidang yang anda pilih sekarang ini memang sesuai dengan personaliti anda ?
Adakah anda sedang menghadapi masalah:
- mencari kerja atau masalah kerja?
- tidak pasti apa yang mahu dilakukan
- merancang masa depan atau memilih bidang pengajian?
Adakah anda berada dalam department @ post yang betul yang sesuai dengan pesonaliti anda di tempat kerja anda?

Xplorasi Kerjaya boleh membantu anda:
- mengenali sahsiah / personaliti
- mengenal pasti kerja yang sesuai meneroka bidang & membuat pilihan

Saya mencadangkan anda membuat Ujian Xplorasi Kerjaya ini sendiri secara online . PERCUMA.Anda hanya perlu 30 minit untuk mengambil ujian ini . Klik http://www.xplorasi.edu.my/ .Semua orang boleh membuat ujian ini. Anda cuma klik web ini - daftar pengguna - log in - jawab soalan - keluar keputusan - print keputusan . Ikut arahan yang diberikan .Sekiranya anda menghadapi masalah atau ingin interpretasi lebih jelas , boleh hubungi atau berjumpa Kaunselor Anda Rosmin Adam . k . Saya sedia membantu anda... Selamat Mencuba.

1 comment:

  1. Prof.Datin Dr.Amla Salleh ( Ketua Projek ) Ujian Psikologi Xplorasi Kerjaya secara online ini telah memaklumkan kepada saya bahawa ujian secara online ini akan diberhenti kemungkinan pada Mac 2009 ini ( tetapi bergantung kepada geran yang diberikan oleh UKM ). Oleh itu , saya syorkan sesiapa yang berminat menjalankan ujian ini bolehlah buat segera . Nanti kalau tak sempat , boleh buat secara manual dengan saya .k

    ReplyDelete