Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Friday, 16 December 2011

Jin Sihir Bertaubat, Memeluk Agama Islam

Seorang pelajar kolej swasta , Lina ( bukan nama sebenar ) telah mengadu pada saya sering sakit kepala dan sakit perut berpanjangan. Lina telah membuat temujanji dengan saya untuk berjumpa dengan saya. Saya telah menetapkan tarikh dan masa untuk berjumpa.Saya juga meminta Lina membawa sebotol air mineral.Pada masa hari dan masa yang dijanjikan Lina telah datang bersama dengan seorang kawannya berjumpa dengan saya. Perjumpaan telah diadakan di sebuah bilik yang telah ditetapkan. Saya telah meminta Lina mengisi borang pendaftaran & membuat diagnosis untuk mengesan permasalahan Lina di samping membuat soal jawab mengenai permasalahan Lina.Saya rasa terperanjat ... kerana daripada diagnosis & soal jawab yang dibuat, saya dapati dan dapat merasakan Lina diganggu jin sihir.

Saya telah memulakan sesi rawatan awal ini dengan membaca ayat pendinding & merukyah terlebih dahulu air mineral yg dibawa oleh Lina. Kemudian barulah saya memulakan rawatan ke atas Lina. Saya telah memberi minum air rukyah dan membacakan ayat rukyah. Semasa ayat ruyah dibacakan Lina telah menunjukkan rasa tidak selesa , panas badan & sakit kepala yang amat sangat.

Semasa dalam keadaan yang Lina kesakitan itu , tiba-tiba suara Lina dan perlakuan Lina berubah. Lina telah kerasukan jin.. saya meneruskan membaca ayat rukyah menyebabkan jin dalam badan Lina merasa sakit dan panas.Lalu saya mulakan dialog dengan jin itu. Dalam dialog saya dengan jin ini , jin ini memberitahu saya bahawa dia adalah jin sihir , beragama Kristian dan dihantar oleh seorang perempuan. Saya telah mengarahkan jin ini keluar dan alhamdulillah jin ini tidak membantah. Mungkin kerana tidak tahan dengan ayat-ayat Al-Quran yang saya bacakan.

Sebelum keluar saya mengajak jin ini masuk Islam.Pada mulanya jin cukup garang dan tidak mengenali apa itu agama Islam kononnya. Saya jelaskan pada jin ini bahawa Islam adalah agama Allah dan Islam membawa kepada keselamatan di dunia dan akhirat. Nampaknya jin ini berminat masuk Islam tetapi masih rasa takut "dipuja" oleh tuannya. Lalu saya katakan pada jin itu :
Us.Rosmin : saya akan pisahkan kamu wahai jin dengan tuan kamu & kamu tak akan berjumpa lagi dengan tuan kamu selama-lamanya ..
Jin : Kamu bohong !"
Us. Rosmin : Dengan izin Allah kamu akan dipisahkan tapi dengan syarat kamu masuk Islam
Jin : Macamana ?
Us.Rosmin : Apabila kamu sudah masuk Islam , saya akan hantar kamu ke Serambi Madinah , nak ??
Jin : Jauh tu !
Us. Rosmin : Kamu tahu di mana Serambi Madinah ??
Jin : Aku tahu.
Us. Rosmin : Aku hantar kamu ke sana ?
Jin : Bohong !
Us.Rosmin : Dengan izin Allah , kamu akan sampai ke sana.
Jin : Boleh ke aku sampai sana ?
Us.Rosmin : Boleh dengan izin Allah.
Jin : Orang macam aku ada ke kat sana ?
Us.Rosmin : Org macam kau ramai kat sana . Tapi semuanya telah Islam , sudah bertaubat & menjadi baik di sana . Nanti sampai sana cari Hj Karim ? Kau kenal Hj Karim ?
Jin : Aku pernah dengar nama dia , tapi aku tak pernah jumpa dia.Boleh ke aku jumpa dia ?
Us.Rosmin : Insyaallah boleh.Nnti kau jumpa dia , kau belajar dgn dia . Apa itu Islam, Iman , Solat , Puasa , Haji, Akhlak dan lain-lain lagi. Boleh?
Jin : Boleh.
Us. Rosmin : Sekarang aku nak doa pada Allah agar kau dipermudahkan dan sampai ke Serambi Madinah.
( Saya membaca doa dan jin tunduk mendengar doa yang saya bacakan )

Saya mengajar jin ini membaca dua kalimah syahadah & dan jin ini mengikut syahadah yang saya bacakan . Alhamdulillah jin sihir ini telah Islam. Jin ini terperanjat apabila bersyahadah , pakaiannya berwarna putih dan cantik ! Syukur .. nikmat dari Allah. Kemudian saya arahkan jin ini mengikut saya membaca skrip perjanjian supaya tidak lagi menggangu pesakit ini & manusia lain. Jika menganggu lagi akan dilaknat oleh Allah , Rasul dan makhluk Allah yang lain.

Sebelum keluar jin meminta saya tolong sampaikan kepada pesakit ini . " Aku ingin mohon maaf sbb dah ganggu orang ini & menyusahkan ahli keluarganya" kata jin ini. Saya arahkan jin keluarkan ikut ibu jari kaki & apabila keluar nanti dia akan terus sampai ke serambi Madinah dengan izin Allah. sebelum keluar juga saya ajar jin ucap salam.Alhamdulillah jin ini telah keluar.. dan Lina telah pulih dan sedar semula.

Saya telah menyampaikan pesanan jin ini pada Lina.Saya telah mengesyorkan Lina beramal dengan akhlak yg baik, menjalankan ibadah, menutup aurat & membaca ayat Al-Quran yang saya bekalkan. Saya juga telah mengesyorkan agar Lina membuat rawatan " buang sihir " kerana ahli sihir biasanya akan menyerang Lina selepas ini. Pengupah & ahli sihir adalah jahat dan berusaha untuk memusnahkan musuh.

Alhamdulillah pada malam hari ayah Lina telah menghubungi saya dan berminat nak buat " rawatan sihir " dengan saya .. nantikan cerita seterusnya pengalaman buang sihir & dialog saya dengan jin kedua yang merasuk Lina selepas ini. Wallahu a'lam..


Catatan Pengalaman ,
Ustaz Rosmin Adam
16 Disember 2012
Seremban, N.Sembilan.



Tonton himpunan video rawatan SYIFA' AS_SAKINAH di http://www.youtube.com/results?search_query=assakinah1





No comments:

Post a Comment