
Ceramah ini adalah anjuran Biro Agama KPJIC. Ceramah telah bermula sekitar jam 4.30. petang dan tamat pada jam 5.50 petang . Hampir 250 peserta termasuk staff dan pelajar kolej memenuhi ruang Auditorium 1 . Ceramah dipengerusikan oleh Saudari Rabiatul Adawiyyah ( DIN G 32 ) . Doa dibacakan oleh Saudara Mohd Taufik ( DIPh Cohort 4 ) .Selepas itu majlis diteruskan , Saudara Saufi ( DIN G 32 ) telah membaca ayat suci Al-Quran dan Tafsiran dibacakan oleh Saudara Mohd.Taufik.
Penceramah kali ini ialah Ustaz Mohd.Kamel Mat Salleh . Beliau berkelulusan Ijazah Universiti Al-Azhar , Mesir dan Sarjana , Universiti Malaya. Beliau bertugas sebagai Penguasa , Pusat Pemantapan Akidah JAKIM , Jelebu.Ceramah beliau bertajuk " Akidah dan Akhlak Pemangkin Pembentukan Ummah Gemilang " Dalam ceramah , beliau banyak menyentuh mengenai asas , punca dan cara membentuk pelajar dan seterusnya ummah gemilang .
Beliau juga sempat mempromosikan buku karangan beliau sendiri "Akhlak Mulia : Penyumbang Utama Pembentukan Modal Insan Cemerlang dan Gemilang " Harga promosi RM 10 ( Harga pasaran RM 15 ) . Boleh dapatkan buku itu daripada Mohd Saufi ( G 32 ) di talian 013-32989157.
Saya mengucapkan syabas dan ribuan terimakasih semua yang terlibat menjayakan ceramah ini.
buku tu mmg best
ReplyDeletemudah dibaca dan difahami
smua org patut beli
urm....majlis da syok tapi masa kejap sgt...
ReplyDelete